Thursday, June 13, 2013

Pemeriksaan Pap Smear! Jom polah!

Assalamualaikum!

Semalam pegi jumpa gynae sebab dah 2 kali mengalami masalah Chemical Pregnancy.. Apa chemical pregnancy? Klak ada masa saya ceta.. So, bila jumpa gynae, nya pun explain.. Sethn kawen 70% normal couple akan conceive.. Sethn setgh ke 2 thn, 30% normal couple boleh dpt baby.. Then, gynae pun explain prosedur-prosedur yang perlu dilakukan sekiranya selepas 2 tahun masih belum berjaya conceive.. Panjang gik la cetanya, tapi saya story klak kat entri lain.. 

Merujuk dengan ceta pasal pap smear, gynae sarankan untuk buat pap smear setahun sekali since dah kawen. Jadi, semalam merupakan pengalaman pertama saya menjalani pemeriksaan pap smear... =) 
Disertakan sedikit maklumat mengenai Pap Smear.. Boleh dilakukan sendiri di rumah ataupun di klinik kerajaan mahupun swasta. Ambil dari sini...

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.


Ini pulak dapat dari website ini..

Ujian PaP Smear mengesan awal kanser rahim

Apa itu pap smear ?
Pap smear secara ringkas adalah sejenis nama ujian untuk memeriksa sel-sel yang dikumpulkan daripada serviks dan faraj. Ada 2 cara ujian pap smear iaitu di hospital atau pemeriksaan sendiri. Disini saya ingin berkongsikan tip untuk pemeriksaan sendiri pap smear.

  1. Pap Smear perlu dilakukan oleh perempuan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali sejak umur 21 tahun ke atas ( diiringi suntikan HPV sekiranya mampu -sebelum umur 30 bagi perempuan 
  2. Dilakukan pada hari ke-20  selepas kitaran haid
  3. Memerlukan pap smear kit ( untuk pemeriksaan sendiri ) bagi yang kurang selesa untuk melakukan pemeriksaan di hospital
  4. Ujian ini mampu mengesan perubahan yang ganjil seperti ketuat sebelum menjadi kanser
Gambar di bawah ini adalah contoh pap smear kit pakai dan buang dan untuk kegunaan pemeriksaan sendiri di rumah oleh perempuan.


Harga lebih kurang RM20

Gambajah menunjukkan cara pemeriksaan Pap Smear:


Ok, kembali kepada cerita saya tek.. Masa gynae nak polah pemeriksaan Pap Smear, saya di suruh bukak  sloar semua dan baring.. Malu? engkah tepi jak la malu ya.. huhu.. Penting gilak pemeriksaan Pap Smear tok. Once dah baring, bukak kedua belah kaki.. gynae pun memulakan tugasnya.. Pasya nya padah, serviks cantik dan jangkitan kuman macam sik ada (dalam bahasa melayu yang telah di bahasa cina kan)..

Dalam 2 minit siap! Ingat tek sakit ka apa, sikda rasa pa2 pun. Gynae just pesan, tarit napas panjang2.. tauk2 dah setel.. Result tunggu lagik seminggu. Arap sikda pa2 la nak.. Amin Ya Rabb..

Then, gynae ajar macamne periksa breast sendirik.. yang tok, aku akan cerita dalam entry yang lain k? 

Jadi, sama-sama doakan yang keputusan Pap Smear saya sikda pa2.. Amin.. =)

3 comments:

nanana said...

slm awk. nk tnya, mana nk beli pap smear tu? kat pharmacy mana ye ad jual...

~~zeNTy~~ said...

Sori nanana.. tak perasan ngan msg awak.. rasanya kat farmasi ada jual kot, tapi better buat kat klinik terus. Lepas seminggu ada report yg doktor akan bagi ngan kita.. Selamat mencuba ye..

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kepentingan Ujian Pap Smear