Wednesday, August 10, 2011

Wujud kah syaitan di bulan Ramadhan?

** kredit kepada Forum Cari. Sekadar berkongsi perkara yang baik di bulan yang mulia.. =)

***diambil dari facebook dari facebook ILoveAllaah:
A student asked his teacher: "If the shaytan (devil) is locked up during Ramadan, why do people still do bad things?"

Teacher answered: "What happens when you stir a cup of coffee for a long time? After you take the spoon out the coffee continues to stir on its own, right? Shaytan is that stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away."
****Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan AsliSyaitan Terbitan:


SYAITAN ASLI


1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman dari sebab pengenalan meraka yang sangat dalam kepada kebenaran.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: "Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka"


SYAITAN TERBITAN

Iaitu, adapun kerja Syaitan Asli itu adalah menngerjakan juga mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka apabila jin bukan syaitan Asli termasuk jin Kafir dan manusia melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai syaitan (ketika mengerjakannya).

Kalau ia berhenti atau tak buat maka ia bukan lagi dipanggil syaitan, iaitu Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang buat kerja Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu kalau mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan kalau ia mengerjakan kebaikan pun, ia tetap syaitan.

Kerana kejahatan dan kebaikan Syaitan Asli itu sama saja tujuannya iaitu kejahatan (tipudaya semata-mata).

Jin bukan Syaitan Asli maka ia seperti manusia ada baik ada jahat dan ada berbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila saja kalau ia mahu contohnya dari baik kepada jahat atau sebaliknya, dan menukar agama atau dari beragama kepada tak beragama atau sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tapi tak mustahil berubah dan ada pula yang mudah insaf dari kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah dari kalangan jin bukan Syaitan Asli.

DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang ditangkap dan dikurung
Dan dari kalangan dua golongan inilah yang menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan).

Begitu juga yang mengganggu menakutkan yang mendampingi atau menyerang termasuk jin sihir, yang merasuk, yang menghuni jasad manusia itu adalah jin biasa dan bukan Syaitan Asli.

Maka dalam bulan Ramadan ia akan terus mengganggu dan menyakiti manusia.

Pada satu buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara tentang Syaitan Asli, iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga bangsa jin tapi ia dapat menghasut golongan jin bukan Syaitan Asli itu sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa terlihat dan tanpa disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian jin dari kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian jin bukan dari golongan Syaitan Asli.

Ada riwayat menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (dari kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas.

Ketika terrdengar satu seruan maka melihat kepadanya seluruh penghuni Neraka dan dengan segera mereka mengenalnya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: "Kerana engkau lah kami menjadi penghuni Neraka..."

Jawab Iblis: "Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tapi kamu sedirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatku, tapi laknatlah dirimu sendiri."

Wallohu a'lam... dan manakala jin bukan Syaitan Asli sebagaimana manusia tetap bebas.



*****Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan itu ada 10 jenis iaitu :-

1. Iblis laknatullah itu sendiri.

2. Anaknya yang bernama Zalituun - Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan - Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

5. Haffaf - Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.

6. Murrah - Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud - Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

8. Daasim - Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat. 

9. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

10. Lakhuus -  Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.

Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..

Wallahua'lam.



******ANTARA PETIKAN DIALOG RASULULLAH DGN iblis.

Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"

Jawab iblis laknatullah: "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap ku kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa.
Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga.

Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera ku iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya kami sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka.

Dan umat mu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain"
 
Wallahualam.. semoga kita mendapat iktibar... =)

Monday, August 8, 2011

I stalk your profile when i miss you...


video
by Jazz Hayat & Aziz Harun....

Menarik untuk di share bersama.. entah sapa2 la nya tok, tapi sora nya blh tahan, lagu nya pun best.. ada bunyi2 muzik dak yuna and zee avi but in his own way.. dah ada balasan untuk lagu tok oleh duak orang perempuan yang sora nya blh tahan juak..

Jazz hayat seorang bruneian.. nang penyanyi yang berbakat.. wow, boleh tahan juak.. aku sgt suka nya pun acoustic version.. layan la.. and lirik paling nyuruh aku sentap adalah.... tadaaa... 

Semua gambar-gambar you bersama si dia
Dalam captionnya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau jua..



***Full lirik di bawah sini***
 
......Hayatilah.....

Ooh... Ini kisah sedih ku
Aku mengharap kan

Sesuatu yang tak pasti

Disaat kau disisiku
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh
Warna warni
Seperti pelangi


Ku akui ku rindukanmu
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku
Bila kau Sudah berpunya...

(chorus)


I stalk your profile when I miss you

Tengok semua gamar you tanpa jemu
I stalk your profile when I miss you
Adakah kau juga memikirkan ku


Semua gambar-gambar you bersama si dia

Dalam captionnya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau Jua..

(Repeat chorus)

Bridge:


Kau seolah memberiku harapan
Disaat sunyi rasa kesepian
Kau seolah memainkan perasaan
Ingin ku membenci mu tapi aku yang
Tak tahan


(Chorus)


*Composed and lyric by Jazz Hayat
 
p/s blh like fanpage nya d facebook.. =)