Thursday, July 4, 2013

Diet oh diet.....

What? saya berdiet? Yes, saya tengah berdiet.. Bukan apa, before masuk keja sekitar tahun 2007 dlk, berat badan tok baruk jak 54 - 55kg dengan ketinggian 160 cm. Ok la kot masa ya.. Lepas 5 thn bekerja, dessuuppp berat nait sampe 60 kg! Mak datok! Ya sik apa gik, bila dah kawen.. Hati manyak senang.. Badan pun manyakkk naik.. 

Di pendekkan cerita, lepas hampir 8 bln kawen dan maseh gigih cuba mengandung, saya pegi polah ujian saringan kesihatan. Ya Allah, rasa nak nangis nangga keputusan ujian ya koh.

Berat badan: 64.5 kg (sah-sah la BMI jadi OVERWEIGHT)
Glukose dalam darah : 6.4 (tahap normal adalah 5 tapi consider saya lepas mkn dr. pdh ok2 jak la)
Tekanan darah: 110 / 58 (paling baik adalah 120 / 80) 


Haaaa.. kan dah terkujat melihat berat badan saya.. Since that moment, saya nekad, saya mok diet! So, mula dolok dengan sik mkn nasik waktu malam. Saya tok nak exercise susah ckit memandangkan bekerja dan surirumah separuh masa. Sampe rumah kadang-kadang dah kol 6, terus berperang di dapur, siap2 masak, maghrib n makan n isyak, mata saya dah layuk. Sik menjadi la diet saya tek.

So, saya start menggoogle. Hehe.. Saya tertarik dengan diet Atkins, diet lebih kurang kedak diet low carbohydrates. Apa diet Atkins? Nah, saya berik link..website ini... Ada 4 fasa sebenanya;

1. Induction Phase
2. Ongoing Weight Lose (OWL)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Jadi, diet Atkins tok menekankan mun selamak tok, kita makan karbohidrat (nasik, mee, pasta, spageti, kentang dll) yang akan terbakar utk jadi tenaga dan seterusnya membiarkan lemak menjadi lemak tepu, so, why not kita biarkan lemak ya yg terbakar utk jadi tenaga. Haa.. giya nya tek.. That's why la untuk fasa pertama, kita akan makan kurang atau sama dgn 20 gram karbohidrat sahaja. 

Selepas 2 -3 hari, badan kita akan mengalami KETOSIS, masa tok la rasa badan ya lemah-lesu, nafas berbau dan muka berjerawat. Sebenarnya, badan dah mula dapat signal utk tuka corak pembakaran tenaga ya tek. 

Jadi, saya nektok baruk jak fasa 1. Utk fasa 1 tok, at least minimum 2 minggu kita polahnya, depends ngan berat badan idaman. Camne mok tauk gine kita nak ke fasa 2? Senang jer.. apabila berat badan kita menghampiri  5 - 7kg gik untuk sampe ke berat badan idaman.

Fasa 1 saya baruk berlarutan selama 11 hari dari haritok, so far, saya dah tangga ada perubahan ngan badan saya. Saya suka ngan diet tok sebab nya sik tekankan gilak pasal EXERCISE. Bukan sik perlu, tapi sik tekankan gilak. Cukup la seminggu ya kita bersenam dalam 3 kali pake kita tone badan kita balit. Sigek gik, mun sik exercise, gine la lemak ya nak terbakar jadi tenaga nak? Ada paham?

Jadi, menu-menu saya hari-hari makan protein jak.. Pastok saya berik contoh menu saya, sik tauk la approve ka sik. Saya pun melalui pembacaan juak, tapi harus ingat, fasa 1, KARBOHIDRAT LESS THAN 20GRAM. Mok rajin la belek label makanan kat belakang ya ada tulis. Nasik = NO, Mee = NO, Kentang = NO, Pasta/Spaghetti = NO, Roti sik kira roti paun ka, biskut ka = NO, air bergula = NO.

Make sure air mesti lebih 3L sehari, kira jak 25kg berat anda = 1L air, so, lu kira sendiri laaa... Tips nya adalah before makan, minum dolok 4 - 5 gelas air mun mampu. Macam saya, minum 500 mL air sebelum makan. Dan, jangan sekali-kali skip meal. Minimum makan 3 kali sehari mcm biasa. Breakfast like a king, lunch like a queen and dinner like a princess. Make sure, sebelum kol 9 mlm dah makan malam. Pastikan juak, at least (jika mampu) jgn makan 4 jam sebelum tidur. Saya sik mampu ya, kol 9 mlm saya dah terbabas di atas katil.

Contoh menu:
BREAKFAST: Telur rebus ( 2 biji) + mayonis (sesudu jak boleh) - sila carik mayonis Lady Choice yg western ya kurang karbohidrat. + sosej - 1 keping (carik yg low karbohidrat plus processed food sebenanya sik berapa bagus utk diet tok)

LUNCH = Sayur sawi semangkuk (Kurangkan makan lobak merah + tomato, lebihkan sayuran hijau) + Ayam goreng kunyit 2 ketul (nak makan sikok pun blh sebab rendah karbohidrat tapi agak2 la kan. hihi)

DINNER = Sup ikan tenggiri 2 ketul (kurangkan juak makan dak bawang, garam, ajinomoto tapi saya bedal  jak.. don follow me) + sayur kobis campur ( 1 mangkuk)

Next time, saya masukkan entri pasal benda boleh makan dan benda sik boleh makan untuk diet tok. Tunggu saya rajin lok.

**Sila rajin-rajin jengok blog ini yer..
dan lain-lain.. =)

p/s: nektok, saya rasa seloar saya dah longgar sikit. haha.. lepas 2 minggu baruk timbang owh. sabar....

Thursday, June 13, 2013

Pemeriksaan Pap Smear! Jom polah!

Assalamualaikum!

Semalam pegi jumpa gynae sebab dah 2 kali mengalami masalah Chemical Pregnancy.. Apa chemical pregnancy? Klak ada masa saya ceta.. So, bila jumpa gynae, nya pun explain.. Sethn kawen 70% normal couple akan conceive.. Sethn setgh ke 2 thn, 30% normal couple boleh dpt baby.. Then, gynae pun explain prosedur-prosedur yang perlu dilakukan sekiranya selepas 2 tahun masih belum berjaya conceive.. Panjang gik la cetanya, tapi saya story klak kat entri lain.. 

Merujuk dengan ceta pasal pap smear, gynae sarankan untuk buat pap smear setahun sekali since dah kawen. Jadi, semalam merupakan pengalaman pertama saya menjalani pemeriksaan pap smear... =) 
Disertakan sedikit maklumat mengenai Pap Smear.. Boleh dilakukan sendiri di rumah ataupun di klinik kerajaan mahupun swasta. Ambil dari sini...

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.


Ini pulak dapat dari website ini..

Ujian PaP Smear mengesan awal kanser rahim

Apa itu pap smear ?
Pap smear secara ringkas adalah sejenis nama ujian untuk memeriksa sel-sel yang dikumpulkan daripada serviks dan faraj. Ada 2 cara ujian pap smear iaitu di hospital atau pemeriksaan sendiri. Disini saya ingin berkongsikan tip untuk pemeriksaan sendiri pap smear.

  1. Pap Smear perlu dilakukan oleh perempuan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali sejak umur 21 tahun ke atas ( diiringi suntikan HPV sekiranya mampu -sebelum umur 30 bagi perempuan 
  2. Dilakukan pada hari ke-20  selepas kitaran haid
  3. Memerlukan pap smear kit ( untuk pemeriksaan sendiri ) bagi yang kurang selesa untuk melakukan pemeriksaan di hospital
  4. Ujian ini mampu mengesan perubahan yang ganjil seperti ketuat sebelum menjadi kanser
Gambar di bawah ini adalah contoh pap smear kit pakai dan buang dan untuk kegunaan pemeriksaan sendiri di rumah oleh perempuan.


Harga lebih kurang RM20

Gambajah menunjukkan cara pemeriksaan Pap Smear:


Ok, kembali kepada cerita saya tek.. Masa gynae nak polah pemeriksaan Pap Smear, saya di suruh bukak  sloar semua dan baring.. Malu? engkah tepi jak la malu ya.. huhu.. Penting gilak pemeriksaan Pap Smear tok. Once dah baring, bukak kedua belah kaki.. gynae pun memulakan tugasnya.. Pasya nya padah, serviks cantik dan jangkitan kuman macam sik ada (dalam bahasa melayu yang telah di bahasa cina kan)..

Dalam 2 minit siap! Ingat tek sakit ka apa, sikda rasa pa2 pun. Gynae just pesan, tarit napas panjang2.. tauk2 dah setel.. Result tunggu lagik seminggu. Arap sikda pa2 la nak.. Amin Ya Rabb..

Then, gynae ajar macamne periksa breast sendirik.. yang tok, aku akan cerita dalam entry yang lain k? 

Jadi, sama-sama doakan yang keputusan Pap Smear saya sikda pa2.. Amin.. =)

Wednesday, June 12, 2013

Life must go on..

Assalamualaikum, aku kembali lagi! Hanya selepas 2 tahun baruk aku update gik blog tok.. Rindu nak menulis, hanya d sitok boleh share macam-macam perkara. =)

Finally, tahun 2012 mencatat kenangan paling manis dalam hidup aku. Setelah jatuh bangun dalam dunia bercintan-cintun akhirnya aku temui si DIA yang telah menjadikan aku sebagai suri dalam hidupnya. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

Mohamad Muslimin nama diberi, 
orangnya sangat lah baik hati.. 
Seindah namanya, dia adalah muslimin sejati. 
InsyaAllah boleh membimbing aku dan bakal anak-anak kami..

Wah, dah macam pantun. Aku berkenalan dengannya sejak Disember 2011, mula rapat Mac 2012, bercinta Mei 2012 dan akhirnya bersatu dalam sebuah perkahwinan pada 2 November 2012.


Di awal perkenalan kami... =D


Setelah sah ijabkabul.. =)


Hari persandingan kami.. 3 November 2012..

Semoga rumahtangga yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa kami. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kami dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah suatu hari nanti. Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s: Dear Abg, I love you... =D

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

ALLOOHUMMA INNII AS-ALUKAL 'AAFIYATA FII DIINII WA DUNYAAYA WA AHLII WA MAALII. ALLOOHUMMA USTUR 'AURO TII WA AAMIN ROU'ATII WAHFIDHNII MIN BAINI YADAYYA WA MIN KHOLFII WA 'AN YAIINII WA 'AN SYAMAALII WA MIN FAUQII WA A'UUDZU BI 'ADLMATIKA AN UGHTALA MIN-TAHTII.
Artinya : "Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon keselamatan kepadaMu pada agamaku dan segala urusan duniaku, keluargaku dan hartaku. Wahai Allah , semoga kiranya engkau menutupi cacatku dan mengamankan ketakutanku, menjagaku dari arah depan dan kiriku serta dari arah atasku. Dan aku berlindung dengan keagunganMu dari godaan yang merusak dari arah kawanku".