Tuesday, May 24, 2011

kekecewaan...

Pisau raut hilang di rimba
    Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
    Karam di hati bilakah sudah?

Buah berangan masaknya merah
    Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
    Luka di hati siapa tahu?

Sakit menebang kayu berlubang
    Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
    Daripada hidup baiklah mati

Asal kapas menjadi benang
    Dari benang dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
    Sudah menjadi hak yang lain


Setiap manusia yang hidup di dunia, sikkan lepas dari merasa kecewa. sik kesah la kecewa sebab apa pun, sebab kecewa adalah perkara normal yang Allah ciptakan kepada kita. kita manusia biasa, terlalu jauh dari kesempurnaan. orang salu madah, langit sik selalunya cerah, mungkin mendung di tengahari pasya alu ujan. hahaha... ya tambahan penyedap kepada peribahasa melayu ku yang sik seberapa.

Kecewa.. manusia selalu nya akan merasa kecewa apabila apa yang di harapkan sik terjadi seperti yang kita mahukan. contohnya, dalam pelajaran, pengalaman ku sendiri, sem 1 ku d U dapat LB1, lulus bersyarat jak dengan pngk 1.62. hoho.. contoh lain, dalam percintaan.hm.. sering berlaku kepada aku. yang paling teruk rasanya, putus tunang sedangkan masa ya cuma nunggu hari bahagia jak gik. sakitnya sampe kinektok pun ku gik rasa. contoh lain, dalam pekerjaan yang kita lakukan. selalunya sik semua kerja yang kita polah ya berjaya, ada masa kita rasa kita dah polah sehabis baik, end up bos reject juak. mungkin masa ya persembahan kita kurang mantap kerana tekanan-tekanan tertentu, ataupun, sik semua orang akan suka ngn kita, pasti ada yang cemburu dengan kejayaan ataupun kelebihan kita. sik boleh nak expect lebih juak bila kita deal dengan manusia. banyak gik contoh lain seperti dalam perniagaan dan dalam ibadah kita seharian.


Jadi, gine kita nak deal dengan kekecewaan? kenak kita pelu deal dengan kekecewaan? apa efek nya kepada kehidupan seharian kita? 

Pada aku, kekecewaan kadang-kadang akan menurunkan semangat, dalam pelajaran, menurunkan semangat nak dapat result flying colors, dalam percintaan, rasa jerak nak bercinta gik (terjadi kepada aku kinektok), dalam pekerjaan, semangat nak menjadi pekerja terbaik. Bila kita rasa kecewa, kita akan melakukan pelbagai macam perkara untuk menghilangkan rasa kecewa ya. mungkin kadang2, jalan yang kita ambik untuk hilangkan rasa kecewa ya sebenanya salah, tapi sebab dah sik boleh berfikir sebab terlalu kecewa, kita jadi hilang pertimbangan. asalkan benda ya boleh membantu menghilangkan rasa kecewa, kita lakukan tanpa berfikir panjang, tanpa berfikir apa akibatnya di kemudian hari. selalunya, lepas melakukan nya, baruk kita akan rasa menyesal, tapi, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. ambik iktibar dari kesilapan yang kita lakukan, perbetulkan keadaan dan bukannya terus-terusan menyalahkan diri sendiri dan orang lain.

Selepas mengalami beberapa series kekecewaan yang ku kira agak dahsyat dalam kehidupan ku, baruk ku mula berfikir. sebenanya, kekecewaan adalah satu proses yang berlaku dalam fasa kehidupan kita. kecewa adalah proses untuk kita belajar menerima hakikat dan mendapatkan hikmah daripadanya. kalau kita jenis yang positif dan berfikiran terbuka, kita sik sepatutnya menyalahkan takdir bila kita berhadapan dengan kekecewaan. mudah berkata-kata nak, tapi hakikatnya terlalu pedih untuk di telan. bila kita terlalu mengingatkan kenangan pahit dan kekecewaan yang kita alami, kita akan hancur. nangis sik henti-henti, menyalahkan takdir, tidak redha dan menyebabkan kita hilang rasa nikmat kepada ujian Allah. 


Setiap yang berlaku mesti ada puncanya samada kita sedar ataupun sik. lapangkan hati, tenangkan jiwa, berfikir lah. apa sebenanya punca yang menyebabkan kita rasa kecewa ya, take note, supaya benda ya sik berlaku agik. Belajarlah dari kesilapan, ambiklah semua masa yang ada di dunia untuk kita merenung kembali dan cuba melupakan kekecewaan ya. create lebih banyak kenangan manis dengan keluarga ataupun kawan-kawan. fikirkan hari-hari yang akan datang, di sine tempat kita mok berada. kita mok bahagia kah, ataupun terus sedih mengenangkan kekecewaan yang kita alami..


Yakinlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita sik nampak gik. berfikirlah secara positif, luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan teman rapat. jangan menyendiri kerana lebih mudah kita akan ingat kepada kekecewaan kita ya. jumpa lebih ramai orang, dan lakukan aktiviti riadah seperti bersukan, bersiar2 di tepi pantai dan sebagainya. kekecewaan adalah proses kehidupan yang perlu kita lalui untuk mematangkan diri kita, supaya kita lebih yakin menghadapi dugaan-dugaan mendatang dan ujian Allah kepada hambaNya. kita manusia pasti ada cacat celanya, dan setiap yang berlaku pasti ada kebaikan yang menunggu kita di kemudian hari.

p/s aku sendiri sebenanya masih mencuba untuk mempraktikkan apa yang aku katakan untuk melupakan kekecewaan. bukan mudah sebenanya, tapi dis is life. kita suka ka sik, life must go on...

No comments: